Agro-Technology
Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan
telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini
mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri
keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun
bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil
untuk pokok teh.Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan
bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.Waktu
operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.
Jika
anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang
terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis
rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila
dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini. Taman rama-rama ini
dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas
Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat
sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat
lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini
hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.
Bagi
anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi.
Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana
mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi
tarikan adalah ladang teh BOH. Apabila anda berada di ladang teh ini,
anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini
adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga
merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki
ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap
hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.
Jika
anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley
ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin
ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini
dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun !Di cactus valley
ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai
jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga,
terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman
pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi
sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4
untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment