Wednesday, 23 November 2016

Makanan

Makanan

Artikel ini dikemaskini pada : 10 October 2015


Catatan ini mendapat hits terbanyak setiap minggu membuktikan ramai yang ingin mencari makanan yang halal di sini. 

Baguslah membuat persiapan dan maklumat awal supaya tidak tersasar nanti mencari lokasi.

Ini adalah soalan yang popular jugak di kalangan kawan-kawan yang datang ke sini dan pastinya mereka amat mementingkan kedai makan yang halal untuk dikunjungi maklumlah kalau anda berada di Brinchang, amat terhad kedai makan melayu ataupun halal berbanding di Tanah Rata. 

Insyallah saya akan cuba berkongsikan kedai makanan yang halal dan mengikut pekan rasanya lebih elok supaya senang anda merancang perjalanan anda.


Senarai ini adalah cadangan semata-mata tanpa ada rasa 'personel interest' untuk mempromosikan kedai makan tertentu.. yang penting HALAL ...

RINGLET 

Food Court Ringlet ada 4 kedai makan melayu dan yang paling popular adalah di bahagian hujung iaitu Kedai Kari Kepala Ikan Sahak. Serta gerai makan di sebelahnya.

Waktu beroperasi ada yang buka untuk sarapan dan ada yang bukan hanya untuk makan tengahari dan juga malam.

HABU

Untuk makan Sarapan dan tengahari anda boleh ke kedai makan Kak Yan ( Kalau tak silap) iaitu bersebelahan dengan jalan masuk ke Boh Tea Centre Habu.

Jika waktu malam kalau anda melalui Habu dan bertemu dengan Padang permainan kanak-kanak dan padang bola, terdapat satu kedai makan Tomyam yang dibuka sekitar pukul 5 petang sehingga awal pagi.
Menghala pula ke Tanah Rata atau Batu 33, untuk bersarapan terdapat sebuah kedai makan Sinar Pagi dan juga kedai makan Pak Su Omar  ditepi jalan. 

Kedai makan Pak Su Omar juga dibuka pada waktu petang.

TANAH RATA:

Diringkaskan sebab banyak juga pilihan :

Sarapan , Makan Tengahari , Petang dan Malam:
  Food Court Baru Tanah Rata (4 buah kedai)
  Food Court Lama Tanah Rata (6 Buah kedai)
  Gerai MDCH dihadapan AMBANK
  Gerai MDCH di hadapan Maybank 
  Kedai Makan Orkid (Kami kenali sebagai kedai makan DO) di sebelah tapak pasar malam   Tanah Rata 
  Kedai Makan Pak Leh Chicken Rice
  Kafeteria Hospital Sultanah Hajah Kalsom.
  Rasa Sayang Restoran di Marigold Square
  Restoran Erra
  Restoran Al Raudah - makanan Nasi Arab tunggal di Cameron Highlands
  Terbaharu di Marigold Square ; Pak Leh Chicken Rice
  Restoran Masakan Melayu di Royal Lily Apartment 

Restoren Dapur Malaysia di Royal Lily Apartment
Gerai MDCH Depan Maybank Tanah Rata


Petang dan Malam:
Kedai Makan Selera Kelate di Royal Lily Apartement

Sarapan dan Tengahari:
Kedai Makan Nasi Bungkus di Royal Lily Apartement
Gerai makan Pasar Tanah Rata
Tengahari dan Petang:
Food Court Jalan ke Hospital 
Gerai Makan Pak Ya sebelah Pejabat Kesihatan bahagian Vektor

Terbaru, Terminal Fressia atau terminal bas juga mempunyai gerai makan iaitu makanan sarapan dan petang dan antara yang popular adalah Laksa Kak Mah. 

Hanya pada hari bekerja sahaja.


BRINCHANG:
Sarapan , Makan Tengahari , Petang dan Malam:
Food Court Brinchang
Restoran Naimah , Pekan Brinchang Baru
Restoren Ghazali , Pekan Brinchang Baru
Restoren Fauzi Tomyam di Pekan Brinchang Baru
Restoran Raihan di Hotel Titiwangsa,
Restoran Naimah,
Petang dan Malam:
Koptiam Alif ,
Pok Nik Ikan Bakar
Kedai Makan sebelah Masjid Brinchang
Restoran Nasya di jalan lama Pekan Brinchang
Arked Orkid di sebelah food court
Anje Corner di hadapan De La Rosa Hotel
Kedai Makan Tomyan di hadapan Rumah Rehat Sri Pahang

KAMPUNG RAJA:
Arked Makanan GPW Kg Raja


MENGIKUT MENU
SATE;
Food Court Baru Tanah Rata 1 kedai
Food Court Lama Tanah Rata 1 kedai
Food Court Brinchang 1 atau 2 kedai (Kalau cuti baru buka yang satu lagi)

STEAMBOAT:
Elmelda di atas Food Court Baru Tanah Rata
Kedai Makan Orkid  di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata 
Kedai Makan Tomyan Fauzi
Snack and Steamboat Corner, sebelah De La Fern Hotel 
Restoren 1 Malaysia , Pekan Brinchang Baru
Terbaharu di buka : De Bambo Steamboat and Grill di Kg Taman Sedia

NASI KANDAR
Terdapat beberapa kedai makan yang mengklasifikasikan mereka sebagai NASI KANDAR tetapi terpulang kepada anda untuk mencubanya.

Saya kurang sedikit untuk berkongsi kerana ada keraguan.

MAKANAN SEGERA:
Marrybrown di Tanah Rata- berhadapan Stesen Bas 
KFC di Brinchang bersebelahan Shell



Komplek Membeli Belah ARONDA NOVA , KEA FARM: 
Teh Tarik Palace
Old Time White Coffee
Restoren Pedas

GERAI BURGER:

Tanah Rata : 
Kedai Makan di Orkid Corner ataupun Kedai DO bersebelahan kedai cenderahati.
Di hadapan Maybank 
Gerai MDCH di Persiaran Dayang Endah menuju ke Hospital

Brinchang:
Anje Corner
Aye Burger di hadapan Pasaraya Jimat
Gerai Burger di hadapan Balai Bomba.

Khidmat Katering:

Kebanyakkan kedai sanggup mengambil katering makanan berkumpulan.

Kalau ada yang inginkan bantuan, sila tinggalkan pesanan, mungkin saya updatekan senarainya nanti.

Khidmat Penghantaran:
Anje Corner di Tanah Rata

PASAR MALAM:

Pasar Malam tentunya menjadi pilihan keranan terdapat pelbagai pilihan makanan dan mudah dikunjungi dan hanya untuk dibungkus bawa pulang ke hotel.

Paling popular pastinya di Pasar Malam Brinchang yang diadakan setiap hari cuti ataupun sepanjang cuti sekolah. Minggu biasa malam Sabtu dan Ahad.

Pasar Malam Tanah Rata setiap Ahad malam Isnin

Pasar Malam di Ringlet Setiap Hari Selasa malam Rabu

Pasar Malam di Kg Raja setiap Hari Isnin malam Selasa

Pasar Malam di Kuala Terla setiap Rabu Malam Khamis

Pasar Malam di Bertam Valley setiap hari Ahad malam Isnin.

Update 20 July 2012: Tip 2 dalam 1...


Jika anda ingin menjimatkan masa untuk melawat dan makan di tempat lawatan anda saya ada beberapa cadangan lokasi.

Maklumlah, bangun pagi dari holiday apartment nak pergi sarapan dulu di kedai baru boleh berjalan memerlukan banyak masa yang terluang.

Jika anda melawat stesen Mardi , anda boleh terus ke sana dan ke Rose Garden Cafenya yang menawarkan makan sarapan dan tengahari. Jimat masa anda, keluar dari apartment terus ke sini dan makan sekali. Catatanya di SINI

Kedua kalau hendak ke kebun strawberry, YZ Agrofarm ada menawarkan manakan pagi. Sambil makan terus tengok strawberry. Catatanya di SINI

Atau ke Tea Centre samada Bharat atau Boh, masing-masing ada menawarkan cafe tetapi harganya agak mahal sedikit dan terhad menunya.

Jimat masa kan ...

No comments:

Post a Comment